Sekeping foto aktor Bollywood, Shah Rukh Khan di zaman kanak-kanak bersama Allahyarhamah ibunya menjadi viral di media sosial.

Foto yang didedahkan oleh sebuah media online, Filmi Beat menjadi perhatian umum.

Foto tersebut telah menyebabkan pengguna media sosial tersentuh hati kerana tahu aktor yang dikenali sebagai King Khan ini terlalu akrab dan sentiasa merindui ibunya.

Foto zaman kanak-kanak King Khan turut menarik perhatian peminat yang mendakwa wajahnya seiras anak bongsunya, AbRam Khan, 2.

Tidak hanya memiliki wajah seiras, King Khan dan AbRam juga mempunyai sifat dan tabiat yang sama.

Sebelum ini dalam wawancara bersama pihak media, bintang filem Dilwale ini mendedahkan hubungan yang cukup rapat dengan arwah ibunya.

Fatima Khan meninggal dunia pada tahun 1991 akibat kanser, ketika King Khan baru mencipta nama dalam bidang lakonan di Bollywood.

Olahan Semula: Khalid Rahman