Bekas juara musim pertama Kilauan Emas, Ali Norpiah digelar Upin dan Upin selepas ‘kembarnya’ muncul di pentas KE Otai pada malam Rabu.

Kemunculan ‘kembar’Ali yang dikenali sebagai Pali itu telah menarik perhatian penonton di Dewan Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur selain pengguna laman sosial.

Lebih menarik lagi apabila pengacara KE Otai memperkenalkan Ali dan Pali sebagai kembar berlainan bapa dan emak serta tiada kaitan antara sama lain.

Rata-rata pengguna laman sosial memberi komen di Twitter terkejut dengan persamaan dimiliki Ali dan Pali.

Pada konsert bertemakan Pesta Kapak menyanyikan lagu berjudul Aku Hanya Serangga dari kumpulan BPR.

Bagaimanapun Ali kurang bernasib baik apabila dia diumumkan sebagai peserta tersingkir pada konsert keempat, semalam.

Ali ketika ditemui selepas konsert berkata, dia meninggalkan pentas KE Otai dengan maruah kerana tersingkir disebabkan kurang undian daripada penonton bukan markah diberi juri.

“Saya tidak akan berputus asa hanya kerana disingkirkan pada malam ini (Rabu), kerana saya akan terus aktif dipentas nyanyian di luar sana.

“Walaupun saya kurang mendapat undian penonton, saya yakin rezeki buat saya masih terbuka lusa di luar sana,” katanya kepada Astro Gempak.

Ali merupakan bekas juara kedua tersingkir selepas Arip.

Kilauan Emas Otai bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras pada setiap Rabu dan boleh ditonton di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula jam 9 malam.

Untuk melihat video persembahan dan perkembangan lain KE Otai klik di sini Kilauan Emas Otai