Jangan risau kalau dalam poket hanya tinggal RM10 untuk makan kerana dengan bajet serendah itu anda boleh dapat sepinggan spaghetti di restoran Gajah Tiga, Taman Maluri, Cheras.

Restoran hipster ini menyediakan pelbagai menu fusion yang menarik dan yang paling penting, ia murah dan lazat!

Terdapat pelbagai jenis pasta gabungan timur dan barat serta makanan tempatan yang menjadi kegemaran ramai.

Istimewanya Gajah Tiga, selain dari ‘ambience’ nya yang mendamaikan, hidangan pasta di sini juga sangat popular.

Jadi, penulis ambil kesempatan untuk merasa sendiri pasta di Gajah Tiga yang menjadi bualan ramai ini dan telah memilih pasta ‘Lovely Sado’.

Tidak hairanlah ramai yang memuji pasta di sini kerana selepas mencubanya, gabungan rasa ‘seafood’ yang ‘creamy’ dan menyihatkan sangat membangkit selera.

Lebih menarik lagi, Lovely Sado turut dihidangkan sekali dengan ketam berkulit lembut yang menyebabkan sesiapa sahaja yang memakannya tidak menoleh kiri dan kanan!

Lovely Sado antara menu ‘hot selling’ dan menjadi pilihan utama pelanggan. Orang kata kalau dah makan, tak lengkap pula kalau tiada minuman.

Lycee Gangster menjadi pilihan penulis dan ternyata rasa segarnya menyejukkan kerongkong. Sekali sedut, rasa nak lagi.

Minuman dengan nama unik ini adalah adalah campuran soda, lemon dan sudah tentu Laici sebagai bahan utama.

Selain menjual makanan fusion yang enak, Gajah Tiga juga turut menyediakan perkhidmatan ruang café untuk menganjurkan majlis sambutan hari lahir, sidang media mahupun keraian kecil-kecilan.

Caj pun tak mahal, sekitar RM40 hingga RM45 sahaja untuk satu kepala. Jadi kepada korang kalau tak tahu nak lepak mana, apa kata korang lepak kat Gajah Tiga.

Selamat menjamu selera!