Selebriti terkenal tanah air, Datuk AC Mizal dan Erra Fazira bakal menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap program terbaru Astro Warna, Miss Lawak.

Selain AC dan Erra, seorang juri jemputan turut diundang secara bergilir-gilir untuk setiap minggu.

Antara juri jemputan yang bakal mengadili peserta Miss Lawak adalah Ako Mustapha, Adibah Noor, Sharifah Shahirah dan Jihan Muse.

Uniknya, format penjurian akan diadili berdasarkan 100% permakahan juri professional.

Kesemua peserta akan dinilai berdasarkan keaslian idea asal dan kreativiti, teknik penyampaian lawak dan persembahan serta kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan.

Dalam pada itu, peserta juga akan ditempatkan bersama di sebuah ‘bootcamp’ untuk sesi suai kenal dan persediaan awal sebelum bermulanya pertandingan.

18 peserta wanita yang dimaksudkan adalah Filzah, 30, Kak Girl, 30, Meera, 29, Ain Sufia, 32, Rina, 33, Wan, 54, Shamaine Othman, 36, Tasha Hamzah, 26, Kak Liz, 34, Eyya, 23, Leyla Krisya, 29, Eqa Ayamor, 29, Joanne Kam, 47, Najua P. Ramlee, 33, Manja, 22, Chrisy Wu, 30, Kanmani, 41 dan Pinky, 27.

Program yang dihoskan oleh Datuk Afdlin Shauki ini akan bersiaran sebanyak sembilan buah episod secara eksklusif mulai 6 Mac depan, setiap Rabu, jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Untuk pilihan fleksibel, Miss Lawak juga boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand.