Portal Rojak Daily berkolaborasi bersama Malaysia Book of Records untuk mencari penyanyi rap terpantas Malaysia.

Jika diimbas kembali, genre rap dan hip-hop semakin diterima dalam industri hiburan negara. Nama-nama penyanyi rap popular seperti Joe Flizzow, Altimet, Malique dan SonaOne mungkin tidak asing lagi di negara ini. Malah ada diantara mereka dinobatkan sebagai juara lagu suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, nama-nama baru seperti Aman Ra, Zamaera, Zizi Kirana dan Lawalahfamilia kini sudah mula mendapat perhatian peminat.

Manakala diluar negara, rapper yang terkenal dengan kepantasan rapnya adalah Eminem. Malah dia juga pernah dinobatkan sebagai Raja HipHop oleh majalah popular Rolling Stone.

Jadi sekiranya anda mempunyai kebolehan untuk menyanyi rap dengan pantas seperti Eminem, tidak salah sekiranya mencuba nasib sertai uibakat pencarian rapper terpantas ini.

Menariknya, pemenang akan mendapat penghargaan daripada Malaysia Book of Records dengan gelaran penyanyi rap terpantas Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari Rojak Daily.