Penyanyi Sissy Iman telah dilamar oleh seorang jejaka semalam.

Jejaka tersebut telah bertindak menyerahkan sebentuk cincin kepada Sissy di 'rooftop' sebuah villa dengan bersaksikan ahli keluarga serta kenalan rapat.

Walau bagaimanapun, Sissy membuat keputusan untuk tidak menerima pemberian jejaka tersebut.

Ha, jangan salah sangka, lamaran tersebut hanyalah sebuah lakonan sahaja bagi menjayakan cabaran yang telah diberikan.

Kini, Sissy sedang menjalani penggambaran sebuah program realiti musim terbaru di Kuantan, Pahang.

Bakal ditayangkan pada bulan Mac ini, jangan lupa saksikan secara eksklusif di portal Astro Gempak!