Pelakon tampan Syafiq Kyle akui menghadapi cabaran apabila berdepan aktres yang berbangsa lain, Elizabeth Tan atau lebih dikenali Lizzy.

Menurut Syafiq sepanjang penggambaran dia perlu membimbing Lizzy bertutur dalam bahasa Melayu.

"Saya berdepan cabaran apabila berlakon dengan pelakon wanita yang berbangsa lain.

"Lizzy ada masalah untuk petah bertutur dalam bahasa melayu.

"Cabaran saya adalah untuk membimbing dia walaupun kadang-kadang saya pun tidak tahu betul ke tidak," katanya kepada Gempak.

Syafiq ditemui di rancangan Bawang Live di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

Tambah pemilik nama penuh Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dia menyatakan bahawa drama ini telah mendapat respon yang positif daripada para peminat.

"Alhamdulillah rata-rata peminat menyukai kelainan yang dibawa kami memandangkan saya berbangsa melayu dan Lizzy pula cina," katanya lagi.

Selain Syafiq, drama bersiri Senafas Rindu dibintangi oleh Elizabeth Tan, Wan Sharmila, Sharul Kamal, Alya Iman Azmil, Josiah Lim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Senafas Rindu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).