Pada November 2018, Fasha Sandha selamat bertunang dengan pelakon Aidil Aziz.

Kini mereka sedang menanti saat bahagia untuk disatukan secara sah sebagai suami isteri.

Terbaru, Fasha, Aidil dan dua orang cahaya mata Fasha daripada perkahwinan terdahulu membuat satu video pra perkahwinan.

Menurut Fasha, video tersebut mengisahkan hidup mereka yang bahagia dalam kesederhanaan.

Kisah Kami yang bahagia dalam kesederhanaan. Saya sebenarnya kurang gemar Prewedding Video, dulu pun tiada prewedding video. Memandangkan ini adalah permintaan , jadi saya tunaikan, dengan syarat.. simple2 je ? Tak perlu terbang jauh2.. tak perlu kos yang tinggi dan tak perlu masa yang panjang . Alhamdulillah, ini adalah idea saya , nukilan saya, yang ditajamkan lagi dengan penambahan oleh Encik Rosli dari CST Production. ,.. tak sabar nak tengok hasilnya... Ini dunia saya sekarang... keluarga. Ini segala galanya buat saya sekarang. . Terima kasih buat seluruh Team @cstproduction , make up klasik daripada Kak @barrinamat , Baju klasik daripada @syuscouture @rumahkebayabangsar , @mamasandha , Kak Yong dan Keluarga Kapar, @murshid_eunos , @wahiaziz dan semua yang terlibat ? #aidilfasha #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


"Saya sebenarnya kurang gemar Prewedding Video, dulu pun tiada prewedding video. Memandangkan ini adalah permintaan, jadi saya tunaikan dengan syarat.. simple2 je," tulis Fasha pada satu entri di Instagramnya.

Menurut Fasha, dia tidak mahu ke tempat yang jauh, tidak memerlukan kos yang tinggi dan juga tidak mengambil masa yang panjang.

(Klik: Fasha Sandha untuk video)

Alhamdulillah, ini adalah idea saya, nukilan saya, yang ditajamkan lagi dengan penambahan oleh Encik Rosli dari CST Production. Tak sabar nak tengok hasilnya," tulis Fasha lagi.

Kata Fasha, keluarga adalah dunianya sekarang, dan merupakan segala-gala untuk dirinya.