Misteri Dilaila sudah mula menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai hari ini.

Semisteri judul dan poster promosi filem itu, ia membuatkan ramai yang tertanya-tanya filem bagaimanakah Misteri Dilaila ini.

Gempak berkesempatan menonton filem Misteri Dilaila sempena majlis pratonton tayangan perdana di e@Curve, Damansara akui; filem ini antara naskhah pembuka tahun 2019 terbaik.

Jadi, apa kata kami senaraikan 5 sebab anda perlu menonton Misteri Dilaila.

1. Zul Ariffin & Elizabeth Tan; Bergabung Meletup!

Dua nama besar dalam industri hiburan tempatan, Zul Ariffin dan Elizabeth Tan tanpa dijangka disatukan dalam filem Misteri Dilaila.

Ini juga menjadi buah tangan pertama mereka dalam genre filem thriller seram.

#MisteriDilaila : 2 Hari Lagi! (Khamis 21/02/19) Sebuah filem arahan Syafiq Yusof @fiq000s #MisteriDilaila bakal terungkai di pawagam mulai Khamis 21 FEBRUARI 2019. Dibintangi oleh : @zul_ariffin @elizabethtsm @sasqiadahuri @iamrosyam @_nam_ron_ @maskhan_ @nafiez.zaidi @izworkz #MisteriDilaila #IniBukanIsteriSaya #ImYourWife #ImSorrySayang #AstroShaw #SkopProductions

A post shared by Misteri Dilaila Official (@misteri_dilaila) on


Zul menjayakan karakter Jefri manakala watak Dilaila diberikan kepada Elizabeth!

Dua pasangan muda, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Frasser Hill milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama di rumah tersebut, Jefri diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati Isterinya sudah hiang. Jefri menjadi risau dan menghubungi pihak Polis Frasser Hill untuk mengesan isterinya. Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan bahawa isteri Jefri sudah di jumpai serta dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isteri beliau kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz itu adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri kepada Jefri. Persoalannya siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini? Saksikan “MISTERI DILAILA” #MisteriDilaila

A post shared by Misteri Dilaila Official (@misteri_dilaila) on


Jangan lupa ya ada Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor dan Namron juga.

2. Jalan Cerita Tak Klise

Jalan ceritanya mudah, mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh dan keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.

Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.

Persoalannya dimanakah Dilaila yang sebenar? Siapa pula yang menyamar menjadi Dilaila?

3. Rasa Nak Singgah Fraser Hill

Fraser Hill sering menjadi lokasi eskapisme warga kota yang ingin merehatkan minda seketika. Cuaca dingin, sejuk dan menyamankan menjadi sebab lokasi itu menjadi tumpuan.

Hampir keseluruhan shot dalam filem ini menampilkan Fraser Hill sebagai latar tempat.



Malah, filem Misteri Dilaila membuka mata penonton akan kewujudan sebuah banglo agam di salah satu kawasan sekitar Fraser Hill yang terkandung pelbagai kisah.

Secara tidak langsung, Misteri Dilaila menggamit rasa penonton untuk berkunjung ke destinasi percutian itu. Sesekali apa salahnya...

4. Sentuhan Syafiq Yusof

Desolasi, SAM, Abang Long Fadil, Villa Nabila, Abang Long Fadil 2 dan KL Special Force antara deretak karya hebat Syafiq Yusof.

Malah, Syafiq pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Filem pada Anugerah Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) 2017 menerusi filem Desolasi.

Melihat sejarah hasil kualiti pada pengarah muda ini, rasanya tiada sebab untuk tidak menonton karya terbaru ini.

5. Teknikal & Props Yang Teliti

Produksi filem ini benar-benar teliti dalam memilih lokasi, props, pelakon dan suntingan selepas filem ini siap penggambaran.

Difahamkan, banglo mewah di Fraser Hill telah diubah suai dengan dipasangkan wallpaper hijau dan karpet merah untuk memberikan mood seperti filem seram Korea.

Manakala, teknik suntingan babak ke babak mengambil inspirasi daripada filem-filem Hollywood. Kelas tau!

Jadi, jangan lupa saksikan filem hebat ini bermula 21 Februari (hari ini!).

Misteri Dilaila akan ditayangkan di lebih 100 buah pawagam di tiga negara, Malaysia, Singapura dan Brunei. Malah, filem ini akan turut memasuki pawagam Indonesia lagi tiga minggu.