Pelakon Fathia Latiff dan Sherry Ibrahim kini telah tampil dengan imej berhijab. Anggun dengan imej baru, pengikut di laman Instagram Fathia dan Sherry memberikan komen positif terhadap penampilan baru mereka.

Fathia yang mula mengenakan hijab pada 30 Mac lalu menjelaskan yang perubahan yang datang adalah bukan kerana untuk mengikut aliran semasa.

"Saya bersyukur diberikan Allah hidayah ketika usia masih muda. Perasaan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba, bukan atas paksaan sesiapa atau kerana mengikut aliran apabila semakin ramai artis wanita menutup aurat,” kata Fathia kepada BH Online.

Mula mengenakan hijab pada 3 April bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke-33, Sherry yang bakal bersaing dalam program Gempak Superstar berhijab kerana mahu menggembirakan hati ibu dan bapanya.

"Bersempena dengan hari lahir, saya mahu hadiahkan sesuatu yang sangat bermakna buat ibu dan ayah. Sebelum ini, saya membayangkan untuk bertudung selepas berkahwin. Tetapi, saya rasa ibu dan ayah juga berhak mendapat rasa bahagia melihat anak mereka bertudung. Saya mahu menggembirakan mereka,” kata Sherry kepada BH Online.

Astro Gempak mengucapkan tahniah diatas penghijrahan Fathia dan Sherry. Semoga terus istiqamah dalam mengekalkan imej baru. Jom kita layan beberapa foto manis Fathia dan Sherry yang kini telah berhijab:

Kredit berita & foto: BH Online, Instagram @fatiyalatiff & @sherryibrahim.