Selepas kucing peliharaan Hafeez Mikail diselamatkan oleh Puteri Aishah, mereka mula menjalin hubungan rapat.

Betul ke mereka sedang mengenal hati budi dan sudah timbul bibit-bibit cinta?

Ha, jangan salah sangka kerana itu semua terjadi dalam musim terbaru drama mini 3 Gadis Manis episod ketiga yang boleh ditonton di laman Facebook, YouTube dan IGTV Astro Gempak!

Dalam episod terbaru ini, Hafeez yang memegang watak Dafi kelihatan seperti mula terpaut dengan Puteri yang memegang watak Icha.

Selain Puteri dan Hafeez, 3 Gadis Manis musim ketiga turut menampilkan Julia Farhana (Sabrina), Ruhainies (Kirin) dan Daler Yusuf (Que).

3 Gadis Manis musim ketiga mengisahkan mengenai persahabatan tiga gadis yang makin rapat sejak mula tinggal serumah di ibu kota Kuala Lumpur.

Drama lapan episod ini juga mempamerkan karakter setiap tiga gadis yang saling memberi inspirasi untuk terus tabah menangani cabaran hidup serta dalam mencari cinta sejati.

Bukan itu sahaja, selain daripada lapan buah episod istimewa yang boleh ditonton sekarang di www.3gadismanis.com.my, para penonton berpeluang untuk menyertai peraduan kuiz di portal rasmi bagi mengetahui perwatakan diri yang sesuai seperti dalam 3 Gadis Manis.

3 Gadis Manis turut dimeriahkan dengan kehadiran Nivea sebagai peneraju utama menerusi Rose & Argan Oil in Lotion, Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion dan Vanilla & Almond Oil in Lotion.

Saksikan episod ketiga 3 Gadis Manis musim ketiga yang boleh ditonton di laman Facebook, YouTube dan IGTV Astro Gempak atau saksikan keseluruhan episod di laman web www.3gadismanis.com.my!

Jangan lupa saksikan drama bersiri 3 Gadis Manis musim ketiga, flowers always bloom!