Aktres jelita Fasha Sandha berhasrat untuk berhijab dan merasakan dia semakin hampir untuk berbuat demikian.

Perkara itu didedah Fasha menerusi komen yang dibalas kepada pengikutnya di Instagram (IG).

Di entri terbabit, Fasha berkongsi sekeping foto throwback yang diambil ketika perkahwinannya yang terdahulu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikkan Fasha dan mendoakan kesejahteraan hubungannya bersama bakal suami, Aidil Aziz.

Lebih menarik perhatian, seorang netizen mencadangkan Fasha untuk berhijab dan dia sendiri membalas komen individu terbabit.

"Cantik sangat, berhijab lagi cantik menawan," tulis netizen.

"Doakan saya ya, rasanya semakin hampir saat itu, Insya-Allah, Amin," balas Fasha.

Kisah lalu April 2012 Namun make up dan baju ni masih in trend sampai sekarang. Rizman dan Kak Sai adalah insan2 yang hebat. Bila tengok gambar lama ni, macam2 perasaan, semoga Allah Permudahkan segalanya . Amin ❤️ sama tak muka ibu 7 tahun lalu dengan sekarang ? . . . #repost from @bridesbyrizmanruzaini

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on




Fasha dan Aidil selamat melangsungkan pertunangan mereka pada 18 November tahun lalu.