Penyanyi dan pelakon yang popular menerusi filem A Star Is Born, Lady Gaga, sah telah putus tunang dengan agen pencari bakat, Christian Carino.

Menurut laporan E! Online, pengurus penyanyi lagu Bad Romance itu telah mengesahkan mengenai perpisahan Lady Gaga.

"Gaga dan Carino telah memutuskan pertunangan mereka. Perpisahan akan terjadi dalam sesebuah hubungan," katanya.

Sebelum ini, khabar angin perpisahan mereka bertiup kencang selepas Carino tidak hadir bersama Gaga pada majlis Anugerah Grammy, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pada malam anugerah itu juga, Gaga di khabarkan tidak memakai cincin pertunangan mereka.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada November, 2017.

Gaga juga pernah bertunang bersama Taylor Kinney sebelum mereka berpisah pada Julai 2016.