Ketika dunia sedang berkabung atas kehilangan pereka fesyen tersohor, Karl Lagerfeld, spekulasi mengenai harta peninggalan beliau mula menjadi buah mulut.

Memetik laporan media antarabangsa, Karl yang merupakan pengarah kreatif jenama mewah Chanel dan Fendi itu meninggalkan sejumlah harta bernilai £150 juta (RM 649 juta) selepas kematiannya.

Yang menariknya, kucing peliharaannya, Choupette dinamakan sebagai salah satu daripada pewaris hartanya itu.

Choupette merupakan seekor kucing baka Burma yang dibela Karl sejak 2011.

?✒️ #GratitudeJournal #Basic

A post shared by Choupette Lagerfeld (@choupettesdiary) on


Populariti Choupette bukan biasa-biasa memandangkan akaun Instagram haiwan itu mendapat lebih 128,000 pengikut.

Selain Choupette, model lelaki Brad Kroenig dan anaknya, Hudson difahamkan bakal menjadi pewaris harta Karl.



Hudson pernah tampil beberapa kali di pentas peragaan sejak berusia 2 tahun manakala Chopette pernah dipaparkan dalam kempen fesyen Karl.

Karl juga pernah menghasilkan sebuah koleksi yang dinamaka Choupette in Love yang diinspirasikan daripada mata kucing itu.



Sepanjang dibela Karl, Choupette memiliki koleksi rantai berlian, cef dan pendandan rambutnya sendiri.

Karl meninggal dunia pada usia 85 tahun di sebuah hospital di Paris, Perancis pada Selasa.

Sumber: Dailymail