Pelakon, Lana Nodin berkongsi momen anak keduanya, William Daud McKinzie berusia yang dua bulan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan masalah injap sempit (aortic stenosis) baru-baru ini.

Lana menerusi akaun Instagramnya hari ini telah memuat naik video pendek yang merakamkan gelagat William atau nama panggilannya, Billy sebelum menjalani pembadahan yang dijadualkan.

“Ni la moment malam pertama bile saya dimasukkan di hospital IJN untuk menjalani procedure untuk jantung saya.

“Dengan berkat doa-doa orang di luar sana beri semangat pada saya dan mommy saya... Alhamdulillah saya dah boleh keluar esok dengan sihat.

“Terima kasih pada semua yang tak henti-henti doakan saya dan beri kata semangat pada mommy saya. Dan terima kasih to staff IJN dan doctor-doktor yang tak putus asa selamatkan saya tempoh hari.

“10 mins waktu yang sangat berharga untuk saya, nanti saya dah sihat sepenuhnya dan ready untuk jalan-jalan saya akan ikut teman mommy pegi event-event.

“Mesti nak jumpa orang ramai yang doakan saya hari tu... Insyallah dan terima kasih semua... Esok baby Billy balik umah,” tulisnya

MMDG&W❤️ ni la moment malam pertama bile sy di masukkan di hospital ijn untuk menjalani procedure untuk jantung sy...dengan berkat doa2 orang di luar sane beri semangat pada sy dan mommy sy... Alhamdulillah sy dah boleh keluar esok dengan sihat... Terima kasih pada semua yg x henti2 doakan sy dan beri kata semangat oada mommy sy... Dan terima kasih to staff ijn dan doktor2 yg tak putus asa selamatkan sy tempoh hari...10 mins waktu yang sangat berharga untuk sy? Nanti sy dah sihat sepenuhnya dan ready utk jalan2 sy akan ikut teman mommy pegi event2... Mesti nak jumpa org ramai yg doakan sy hari tu... Insyallah dan terima kasih semua... Esok baby Billy balik umah ???? #babybilly #strongbaby #billyboy #williamdaud #alhamdullilah #babywarrior #chd #ijn #chdsurvivor #myhero #myhero #littlefighter #myprecious #mynyawa #mckienzieclan #lanadaud #lanadavidmckienzie #lanadaudfamily #aorticstenosissurvivor

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie) on

BACA: “Jantung Terhenti 10 Minit, CPR & Kejutan Elektrik 2 Kali…” - Sebak Lihat Lana Menangis, Mohon Doakan Anak Keduanya

BACA: “Bila Doktor Keluar Dari Bilik Pembedahan Dan Memberitahu...”- Anak Lana Selesai Jalani Pembedahan

Terdahulu, William dikesan mengalami masalah injap jantung sejak dilahirkan dua bulan lalu.

William kemudiannya dimasukkan ke ICU selepas jantungnya terhenti selama 10 minit sebelum prosedur pembedahan dilakukan.

Lana mendirikan rumah tangga dengan David atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan anak pertama, Gia Quinn McKienzie, 2.

Foto: Instagram @lananodinmckienzie