Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggelar konser perdananya pasca melahirkan putri sulung, Siti Aafiyah Khalid pada Maret 2017 silam.

Konser yang diberi judul Dato' Seri Siti Nurhaliza On Tour itu dijadual berlangsung pada 21 Februari 2019. Siti memulakan rangka tur konser sama di Indonesia terlebih dahulu sebelum masuk ke Singapura dan negara asalnya.

Rencananya, konser yang mengandeng penyanyi Tulus tersebut dihelat di Istora Senayan, Jakarta Pusat.

Dalam konser tersebut, Siti membeberkan akan mendendangkan tembang yang telah mempopulerkan dirinya sekaligus diterima baik di Indonesia seperti Cindai dan Aku Cinta Padamu.

Primadona itu juga mengandeng Tulus untuk berkolaborasi dengannya dalam beberapa buah lagu.
Namun Tulus bukanlah satu satunya bintang Indonesia yang akan bekerjasama dengan Siti, sebaliknya puspita hati kesayangan Malaysia itu telah menjalin banyak kolaborasi bersama karyawan seni tanah air sebelum ini.

Sudah merilis lebih 15 buah album dan punya ratusan judul lagu yang menjadi kegemaran pendengar, yuk simak beberapa fakta tentang tembang milik Siti yang mendapat sentuhan dan kerjasama antara penyanyi berusia 40 tahun itu dengan karyawan seni Indonesia.

1. Single Bukan Cinta Biasa

Single Bukan Cinta Biasa merupakan single yang digubah oleh Dewiq dengan Siti sendiri menuliskan liriknya. Ia dimuatkan dalam album E.M.A.S yang dirilis pada tahun 2003.

Bukan Cinta Biasa memenangkan beberapa anugerah termasuk Susunan Muzik Terbaik dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik 2004, Lagu Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2004 dan Video Muzik Pilihan di Anugerah ERA 2003.



2. Album CTKD



Album ini telah dirilis pada 28 Desember 2009 dengan menyaksikan Siti berkolaborasi bersama sahabat baiknya, pelantun Kris Dayanti. Judul CTKD bukan saja membawa makna akronim bagi nama dua bintang tenar ini, tetapi ia membawa maksud Canda Canda (Joke), Tangis (Cry), Ketawa (Laugh), Duka (Sad).

Di album ini, tembang Tanpamu selain didendangkan Siti dan KD, ia juga merupakan sentuhan karya Charly ST12. CTKD juga punya hit berjudul Jika Kau Tak Datang yang dihasilkan bersama oleh Kris Dayanti dan Riznadianka bersama produser terkenal Malaysia, Audi Mok.

3. Album SimetriSiti



Sekali lagi, menerusi album SimetriSiti yang dirilis pada tahun 2017 silam, Siti menjalin kerjasama erat dengan karyawan seni Indonesia. Di album ini, Siti bekerjasama dengan beberapa komposer seperti Ivan Lahardika, Opick dan Ade Govinda.

Ivan menciptakan Segala Perasaan yang juga single pertama album tersebut. Opick pula menciptakan Aku Bukan Malaikat yang diminta sendiri oleh Siti saat mereka bertemu dalam sebuah konser, Konsert Rapatkan Saf pada Oktober 2016.

Di album ini juga, Siti berduet dengan Judika untuk single Kisah Ku Inginkan yang juga diciptkan oleh Ivan.

Terakhirnya, Tak Perlu Ragu diterbitkan oleh Ade Govinda dan Jeje Govinda.





4. Album Fragmen



Seluruh Cinta adalah single kolaborasi Siti bersama Cakra Khan. Ia menjadi single pertama dari album Fragmen yang dirilis pada tahun 2014 untuk pasaran Indonesia.

Fragmen sendiri merupakan album ke 16 Siti dan sekali lagi dia mengandeng Ade Govinda sebagai salah satu penerbit untuk album tersebut. Ade juga menghasilkan Terbaik Bagimu yang turut menjadi kegemaran pendengar.



Kredit: YouTube Segala Perasaan, Bukan Cinta Biasa, Seluruh Cinta

Oleh: Maliah Surip