Pelakon Zainol Macwilson berharap agar anaknya, Zahirah Macwilson berjaya meraih apa jua anugerah pada malam Anugerah Meletop Era 2019 (AME 2019) nanti.

Zainol berkata berjaya atau tidak tak mengapa kerana yang penting Zahirah sudah tercalon.

“Kepada semua peminat-peminat saya serta peminat-peminat Zahirah, ribuan terima kasih di atas solongan & kata-kata positif terhadap Zahira!

“Walaupun saya sendiri tak pernah di calonkan, namun saya berharap & berdoa agar Zahirah berjaya meraih apa saja anugerah di malam Anugerah Meletop nanti, in’shaa Allah!

“Kak, kalau tak berjaya kali ni, it’s ok! It’s the participation, yg penting, good luck & lots of love from your papa,” tulisnya.

Zainol berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Zahirah telah tercalon dalam Anugerah Pelakon Meletop menerusi drama bersiri Tiada Cinta Seperti Mu di AME 2019 nanti.

AME 2019 bakal berlangsung di Axiata Arena pada 21 April ini.

Askm wbt! Kepada semua peminat-peminat saya serta peminat-peminat Zahirah, ribuan terima kasih di atas solongan & kata-kata positif terhadap Zahira! Walau pun saya sendiri tak pernah di calonkan, namun saya berharap & berdoa agar Zahirah berjaya meraih apa saja anugerah di mlm Anugerah Meletop nanti, in’shaa Allah! Kak, kalau tak berjaya kali ni, it’s ok! It’s the participation, yg penting, good luck & lots of luv ❤️ from your papa ?

A post shared by Zainol Macwilson (@zainolmacwilson) on