Pelawak Ajak Shiro telah memuat naik sebuah video salah seorang anggota kumpulan LOL, Tauke sedang bertengkar dengan tunangnya, Nadia.

Menerusi kapsyen di Instagramnya, Ajak tidak mampu melakukan apa-apa selain hanya melihat sahaja pertengkaran yang berlaku antara Tauke dan tunangnya.

Tokey gaduh dengan tunang dia. Alamak macam mana nak tolong ni. Hakak sorang tu (isteri Ajak) buat macam tiada apa-apa yang berlaku. Baba tahu ibu mesti risau tu sebab Ibu tu hatinya lembut sikit,” tulis Ajak di Instagram.

Punca mereka berdua bertengkar apabila Nadia memeriksa telefon pintar tanpa kebenaran Tauke sewaktu kumpulan LOL sedang membuat latihan untuk persediaan minggu kesebelas Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016).

Namun semuanya hanya sekadar lakonan yang dicetuskan oleh Tauke dan Nadia untuk membuat kejutan harijadi terhadap isteri Ajak, Afifah Amin.

Lebih manis, Ajak turut memuat naik sebuah lagi video dengan kapsyen sweet khas buat isterinya.

“Akhirnya... Selamat Hari Lahir sayang @afifahamin. Ini jelah yang dapat kita orang buat. Apa yang penting bukan nilai ringgit. Tapi kenangan yang lebih berharga dari nilai ringgit.

“Terima kasih @taukejambu jadi watak utama dan @nadiayaya6 pulak bawak watak slumber sementara @angah_lawaking Tok dalang yang memang pandai bab-bab mengenakan orang. Korang bagi pengalaman yang jarang-jarang dia dapat. Sekali dapat, Mendapat!” tulisnya.

Terdahulu Afifah telah membuat luahan hati tentang sikap sebenar suaminya yang sangat romantik dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, di Instagram miliknya.

Jangan lupa untuk menonton minggu kesebelas MLM 2016 yang bertemakan Loghat dan Parodi.

Maharaja Lawak Mega 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut.

Tokey gaduh dengan tunang dia...Alamak, macam mana nak tolong nie...Hakak sorang tu buat macam tak de apa2 y berlaku...Baba tahu ibu mesti risau tu sebab Ibu tu hatinya lembut sikit...??? @afifahamin @taukejambu @nadiayaya6 @angah_lawaking #PelakonLelakiTerbaik #PelakonWanitaTerbaik #Prank #Part1

A video posted by @ajakshiro on


Eleh dia acah2 tenang konon...??? @afifahamin @taukejambu @angah_lawaking @nadiayaya6 #PelakonWanitaTerbaik #PelakonLelakiTerbaik #Prank #Part2

A video posted by @ajakshiro on


Akhirnya... Selamat Hari Lahir sayang.. @afifahamin Ini jelah yang dapat kita orang buat.. Apa yang penting bukan nilai ringgit... Tapi kenangan yang lebih berharga dari nilai ringgit.. Terima kasih @taukejambu jadi watak utama.. @nadiayaya6 pulak bawak watak slumber.. @angah_lawaking Tok dalang yang memang pandai bab2 mengenakan orang.. Korang bagi pengalaman yang jarang2 dia dapat.. Sekali dapat.. Mendapatttt??? #Ibubirthday #prank #PelakonLelakiTerbaik #PelakonWanitaTerbaik #Sambil2cariidea

A video posted by @ajakshiro on