Penyanyi Datin Alyah mengakui kesal apabila terlalu marah sehingga melukakan hati insan yang dia sayangi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Alyah berkongsi gambar suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih popular disapa Tok Ram bersama seorang kanak-kanak.
"Dia apa khabar? Mungkin semalam aku terlalu marah. Tapi hari ini Ya Allah swt kau sejukan hati ini dalam reda-Mu Ya Allah swt.
"Baru aku tersedar yang aku sangat merindui dia. Semoga dia baik-baik saja.
Hanya Doa peneman setia," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui sebak dengan kapsyen yang ditulis oleh Alyah dan mereka mendoakan kebahagiaannya bersama Tok Ram.
Ada juga yang berharap agar Alyah tabah menempuhi dugaan ini serta terus berusaha menjadi seseorang yang terbaik sebagai isteri dan untuk keluarganya.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Hassan dan Tok Ram telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia.
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita