Usahawan jelita yang memegang portfolio sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali menduduki kerusi juri tetap bersama penyanyi popular Fauziah Latiff dan Azmi Saat bagi program nyanyian terbaru iatu Mikrofon Impian.

Setiap minggu, mereka akan digandingkan bersama seorang juri undangan yang dipilih dari kalangan selebriti terkenal tempatan.

Rancangan ini diterajui oleh Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai pengacara selama 13 episod.

Sepanjang rancangan ini berlangsung, dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati dalam setiap episod dan mereka dikehendaki untuk menjelaskan situasi masalah kewangan sebelum membuat persembahan di hadapan para juri.

Jangan lupa saksikan Mikrofon Impian yang bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai hari ini menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Selain itu, anda juga berpeluang menyaksikan rancangan ini secara online menerusi portal Gempak di www.gempak.com.