Dalam satu entri Que haidar di Instagramnya, ternyata dia kecewa dan terguris dengan komen-komen negatif segelintir netizen.

"Setiap hari saya cuba menjadi yang terbaik untuk anak-anak saya.

"Saya harap bila mereka besar nanti mereka tahu saya adalah ayah yang terbaik untuk mereka," tulis Que.

Que meminta sesiap yang meninggalkan komen menghina supaya melihat kepada diri dan keluarga mereka sendiri.

"Cuba dengar percakapan anda semula atau cuba baca balik apa yg anda Comment tu.

"adakah anda dan family anda sempurna? Adakah saya perlu post semua amalan dan kebaikkan saya dan family?" tanya Que.

"Adakah anda benar2 mengenali saya dan family? Adakah anda pasti saya dan family tidak ada sedikit pun terasa hati dgn kata2 anda?

"Or you just don’t care if saya dan family terasa hati? Or anda mmg tak pasti maksud menguris hati manusia lain?" tanya Que lagi.

Ujar Que, jangan mempertikaikan kesempurnaan pemakaian, amal ibadah orang lain sebelum bertanyakan sama ada diri sendiri sudah sempurna.

Gambar2 #throwback ♥️ beauty with so much talent-gymnastic, dancing, ballet, drawing, singing, modelling... - U ask me if I am proud? Yes i am proud.. and I want them to know that I am very PROUD ♥️ and I always try to be the best for them EVERYDAY.. ♥️ trying to creat the best memories for them with me.. EVERYDAY.. ? hoping one day when they grow big, they know that I’m the best daddy for them..??♥️ so mana2 yg tinggalkan comment menghina tu.. cuba tengok diri anda dan family anda sendiri.. cuba dengar percakapan anda semula atau cuba baca balik apa yg anda Comment tu.. adakah anda dan family anda sempurna..? Adakah sy perlu post semua amalan dan kebaikkan sy dan family? Adakah anda benar2 mengenali sy dan family? Adakah anda pasti sy dan family tidak ada sedikit pun terasa hati dgn kata2 anda?Or you just don’t care if sy dan family terasa hati? Or anda mmg tak pasti maksud menguris hati manusia lain? Or anda mmg jenis yg suka cari silap manusia lain.. dan memberi comment bijak pandai anda.. dan mempersoalkan kewibawaan org lain hanya kerana org lain tidak seperti yg anda mahukan.? Fikir2kan lah... mungkin cara pemakaian anda sempurna, solat anda sempurna, Wuduk anda sempurna.. Tapi andakah anda sempurna..? Kata2 anda sempurna? Mungkin anda nampak kekurangan sy dan family, alhamdulillah Sbb sy celebrity.. pernahkah anda bertanya siapa yg pernah menegur kelakuan BETUL anda..? Arwah ayah sy selalu berpesan jangan menyakiti hati org lain Sbb kita tak tahu jika org itu boleh memaafkan kita.. silap kita dgn tuhan, kita tahu allah Maha pengampun jika di beri kesempatan.. Kita manusia tak tahu pengakhiran hidup seseorg itu.. Islam maksudnya ialah Aman (peace).. amankan hati anda, insyaallah anda boleh hidup dgn aman sesama manusia lain yg mungkin sedikit berbeza dgn anda.. thank you kepada yg memberi comment yg baik atau yg menegur dgn baik..???? jangan benci sy dan family hanya kerana anda fikir kami tidak seperti yg anda mahukan..?? ? #kitasemuapendosa

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on


"Mungkin anda nampak kekurangan saya dan family, alhamdulillah Sbb sy celebrity.. pernahkah anda bertanya siapa yg pernah menegur kelakuan BETUL anda?

Menurut Que, Arwah ayahnya selalu berpesan jangan menyakiti hati org lain Sebab kita tak tahu jika orang itu boleh memaafkan kita.

Kata Que lagi, jangan benci dia dan keluarganya hanya kerana segelintir netizen berfikir bahawa mereka tidak seperti yang diinginkan.