Cabaran pusingan pertama di Kuala Terengganu dan pusingan kedua di MAEPS sudah pun berlalu. Kini peluang anda menyaksikan pusingan ketiga Toyota Gazoo Racing pada 23 dan 24 Februari ini.

Anda tentunya tidak mahu melepaskan peluang melihat sendiri aksi mendebarkan perlumbaan para selebriti terkenal seperti Datin Diana Danielle, Wany Hasrita, Khai Bahar, Nabil Ahmad, Nabila Razali, Akim Ahmad, Janna Nick serta Aiman Tino.



Kesemua selebriti ini akan bersaing dalam kategori Promotional yang menyaksikan saingan sengit antara mereka untuk menaiki podium.

Selain daripada kategori Promotional, pelumba-pelumba profesional akan berentap dalam dua kategori iaitu Sporting dan Super Sporting.

Anda pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan dua orang selebriti iaitu Shukri Yahya dan Shawn Lee berlumba dalam kategori Sporting yang merupakan separa profesional.



Lebih hebat, anda juga dapat menonton pertunjukan Toyo Drift serta memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah. Hadiah-hadiah seperti telefon pintar Huawei P20, Playstation 4 Pro, JBL Bluetooth Speaker dan banyak lagi menanti anda.

Lapar dan dahaga? Jangan bimbang, kerana di festival Toyota Gazoo Racing ada tersedia banyak trak makanan untuk anda menjamu selera seisi keluarga.

Jangan lupa untuk menyaksikan sendiri Toyota Vios terbaharu, penukaran airbag percuma untuk kenderaan Toyota serta banyak lagi.



Pastikan anda datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan ke Stadium Batu Kawan pada 23 dan 24 Februari ini untuk bersama-sama di Festival Toyota Gazoo Racing!