Pelakon Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah akui buntu dan murung apabila disahkan menghidap kanser usus peringkat awal pada tahun 2013.

Namun Enot memberitahu dia telah bangkit dan melawan penyakitnya itu selepas menyedari anak-anaknya masih memerlukannya untuk terus hidup.

“Pada tahun 2013, aku disahkan menghidap kanser usus, early stage. Hancur hati, jiwa dan raga! Aku buntu. Aku pilih untuk terperap kat rumah, murung dan kecewa.

“Tapi satu hari, aku tersedar; Sampai bile aku nak macam ni? Aku ada anak-anak yang masih perlukan aku dalam hidup diorg. Aku kena kuat!.

“Kalau orang tanya dari mane datangnya kekuatan untuk aku bangkit? Jawapannye adalah ANAK! Bagi aku, anak-anak la ubat paling mujarab! Mereka bagi aku kekuatan untuk aku bangkit dan lawan sampailah tamat zaman penderitaan tu.

“Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah. Terima kasih berikan aku anak-anak yg memahami keadaan aku ketika itu,” tulisnya.

Enot berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Kini, Enot memberitahu dia sudah bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni.

“Aku yakin Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia merancang kehidupan aku dari senang ke sakit dan kembali sembuh macam biasa. Semua itu aku anggap takdir supaya aku belajar bersyukur dengan nikmat yang Allah beri! Alhamdulillah.

“Sekarang, aku berdoa pada Allah supaya aku sentiasa sihat, kuat dan bertambah2 meletop untuk aku mampu meneruskan perjuangan hidup aku.

“Tahun 2019 ini, Enot dah comeback ke dunia seni. Insha Allah semoga tahun ini akan menjadi tahun kebangkitan dan kejayaan kepada aku! Amin.

“Jika ada follower Enot yang sedang menghidap kanser atau kanser survivor di luar sana, Please always think positive. Be strong! Enot doakan kita sama-sama sembuh sepenuhnya. Amin,” katanya lagi.

Enot memiliki dua orang anak iaitu Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina.

#throwbackfriday (Dah sembuh 3 tahun yer) . Assallamualaikum . 2013: aku disahkan menghidap kanser usus, early stage. Hancur hati, jiwa dan raga! Aku buntu. Aku pilih tuk terperap kat rumah, murung dan kecewa. But 1 day, aku tersedar; Sampai bile aku nak macam ni? Aku ada anak-anak yg msh perlukan aku dlm hidup diorg. Aku kena kuat!. Klu org tanya dari mane dtgnya kekuatan tuk aku bangkit? Jawapannye adalah ANAK! Bagi aku, anak2 la ubat paling mujarab! Mereka bagi aku kekuatan tuk aku bangkit dan lawan smpailah tamat zaman penderitaan tu. Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah. Terima kasih berikan aku anak2 yg memahami keadaan aku ketika itu. Aku yakin Allah adalah sebaik2 perancang. Dia merancang kehidupan aku dr senang ke sakit & kembali sembuh macam biasa. Semua tu aku anggap takdir supaya aku belajar bersyukur dgn nikmat yg Allah beri! Alhamdulillah. Sekarang, aku berdoa pada Allah supaya aku sentiasa sihat, kuat dan bertambah2 meletop untuk aku mampu meneruskan perjuangan hidup aku :). 2019: Enot dah comeback ke dunia seni. In sha Allah semoga tahun ini akan menjadi tahun kebangkitan dan kejayaan kepada aku! Amin. P/S: Jika ada follower2 Enot yang sedang menghidap kanser / kanser survivor kat luar sana, Please always think positive. Be strong! Enot doakan kita sama-sama sembuh sepenuhnya. Amin. #alhamdulillah #2019imback #loveyourself #janjikita #prubsn #prubsnanugerahplus2019 ALHAMDULILAH sumenya dah berakhir 3thn lps.. jd jgn ada lg yg bertanyakan ttg pnyakit sy yer.. pemulihan untk melupakan kesakitan tu x smudah yg disangka! yg pntg harus kuat di kuar dan dlm ok syukur!!

A post shared by ENOT (@enot_78) on