Pelakon Eyra Hazali menegaskan dia bertudung adalah bukan untuk tujuan perniagaan sebaliknya ia adalah kemahuan dirinya sendiri.

Menurut Eyra, dia tidak mempunyai apa-apa perniagaan yang melibatkan penjualan tudung dan imej berhijabnya kini adalah bukan untuk sebarang tujuan promosi perniagaan.

"Saya pakai tudung dengan kehendak sendiri dan saya memang mahu menutup aurat.

"Di sini saya menegaskan bahawa imej terbaru saya yang menutup aurat ini adalah bukan untuk sebarang tujuan promosi perniagaan tudung atau sebagainya.

"Saya tidak memiliki sebarang perniagaan yang menjual tudung, saya beli tudung dari orang lain ada lah," katanya berseloroh.

BACA : "Selangkah Kita Keluar Rumah Tak Tutup Aurat, Selangkah Kita Tarik Ayah Kita Ke Neraka" - Eyra Hazali Buat Keputusan Bertudung

Eyra berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) bertempat di Astro, Bukit Jalil Selasa lalu.

Acara itu mengumumkan Top 20 untuk 16 kategori yang bakal dipertandingkan untuk AME 2019 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.