Pelakon Ayu Raudhah melahirkan rasa syukur kerana dipermudahkan urusan bersalin anak keempatnya semalam.

Menurut Ayu kali ini dia dapat merasakan pengalaman bersalin sama seperti orang lain tanpa mengambil suntikan epidura.

"Allah Hu Akbar!! Syukur ayu telah selamat melahirkan anak ke 4.

"It's a boy alhamdulillah..Setiap anak ada rezekinya dan pengalaman setiap anak lain-lain apapun alhamdulillah dipermudahkan urusan bersalin harini, rezeki sekejap je sakit dah bersalin tak sempat doktor sambut.

"Kali ni betul-betul rasa turun tanda, pecah ketuban & contraction..bukaan 3cm - 10cm 1 jam lebih ja, maybe dah anak ke 4.

"Sebelum ni baby girl memang la senang, sebelum tu 2 boys dgn epidurals so tak sempat rasa sakit.

"Suami kalau boleh semua anak dia nak suruh I ambik epidural dia tak sanggup tengok ayu sakit.

"Kali ni Allah bagi rasa dan menikmati experiences bersalin betul-betul sama mcm orang lain cuma cepat and sakit sekejap bersama orang tersayang suami and mama bergilir-gilir dekat labour room.

"Tq sayang sentiasa ada untuk ada untuk I @zaqone_08.

"Mama of course mak sanggup buat apa saja untuk anak-anak dia..betul dak?

"Kita belum tentu lagi ada untuk mak kita. Erm..kami tak pernah merancang pun pasal anak sesungguhnya rancangan & kurniaan allah yang terbaik, sentiasa bersyukur..

"Semoga anak-anak ku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan menjadi ladang pahala dan rezeki. Amin ya robb. Pelengkap keluarga Zaquan Ayu," tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat berpantang oleh pengikutnya.

Ayu selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.46 pagi semalam.

Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Allah Hu Akbar !! Syukur ayu telah selamat melahirkan anak ke 4.. it’s a Boy Alhamdulillah... setiap anak ada rezeki nya dan Pengalaman setiap anak lain2 apapun Alhamdulillah Di permudahkan urusan bersalin harini, rezeki sekejap je sakit dh bersalin xsempat Doctor sambut.. kali ni betul2 rasa turun tanda ,pecah ketuban , & contraction.. bukaan 3 cm -10 cm 1 jam lebih ja,maybe dah ank ke 4. Seblum ni baby girl mmg la senang, sblum tu 2boys dgn epidurals so xsempat nk rasa sakit. ?Suami kalau bole sumua ank dia nk suruh I ambik epidural dia x sanggup tgk ayu sakit. kali ni Allah bg rasa dan menikmati experiences besalin betul2 sama mcm org lain cuma cepat n sakit sekejap bersama org tersayang suami n mama bergilir gilir dkt labour room.?? Tq sayang sentiasa ada utk ada utk I @zaqone_08. Mama of course mak sanggup buat apa saja utk anak2 dia.. betul2 dak?! Kita belum tentu lg ada utk mak kita. Erm.. kami xpernah merancang pun pasal Anak sesungguhnya Rancangan & Kurniaan Allah yg terbaik ,sentiasa bersyukur.. ? semoga Anak2 ku menjadi anak2 yg soleh Dan solehah dan menjadi ladang pahala dan rezeki. Amin ya robb. Pelengkap keluarga Zaquan Ayu?

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on