Aktor Norman Hakim berjaya membuat kejutan untuk hari ulang tahun kelahiran Erra Fazira semalam.

Menerusi video yang dikongsikan Norman di Instagram miliknya, Erra terkejut apabila pelakon itu tiba-tiba muncul membawa sebiji pavlova yang ditaburi buah-buahan sambil mengucapkan selamat hari jadi.

Video tersebut mendapat perhatian peminat Norman yang telah mengimbau gandingan mereka bersama dalam filem Pasrah hampir 20 tahun lalu.



Norman juga dalam entri tersebut memberi ucapan khas sempena hari jadi Erra.

“Sanah Helwah Happy (belated) Birthday @errafazira ! Jasa & budi baikmu sentiasa di ingat...Semoga awak sentiasa dibawah lindungan & kasih sayang Allah s.w.t bersama Aleesya tersayang,”tulisnya.

Selalu dia "jeng...jeng...jeng...!!!" kan orang,hari ni kita "jeng...jeng...jeng...!!!" kan dia pulak!? . . Sanah Helwah Happy (belated) Birthday @errafazira !?Jasa & budi baikmu sentiasa di ingat??Semoga awak sentiasa dibawah lindungan & kasih sayang Allah s.w.t bersama Aleesya tersayang? . . ?: wifey @memeysuhaiza ❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on