Pelakon Zul Ariffin enggan membuat kenyataan rasmi berhubung status hubungannya dengan wanita Ukraine, Tanya Glembotska yang pernah dikaitkan dengannya sejak tahun lalu.

Baca: Foto Mesra Dengan Wanita Ukraine Tersebar Lagi, Zul Ariffin Dah Kahwin?

Jelas Zul, segalanya sudah jelas di mata orang awam sejak skandal hubungannya dengan wanita terbabit didedahkan netizen satu persatu.

"Orang di luar sudah boleh berfikirlah. Saya tak perlu buat kenyataan rasmi berkenaan perkara itu," ulasnya kepada Gempak.

Zul ketika ditemui pada majlis pratonton filem Misteri Dilaila di e@Curve Damansara malam tadi menganggap gelaran 'husband' yang ditulis Tanya di Instagramnya hanyalah atas dasar panggilan manja.

"Saya tak tahu nak kata apa, mungkin macam sesetengah orang di Malaysia yang menggunakan panggilan tertentu dalam satu perhubungan. Sayang, baby, you, I.

"Orang nak gelar apa pun suka hati dialah," tambahnya.

Hubungan rapat antara Zul dan Tanya mula dihidu netizen menerusi persamaan kemas kini foto sejak pelakon itu berkunjung ke Phuket, Thailand tahun lalu.

Gadis itu juga difahamkan telah mencacah tatu tertulis nama 'Zul' di jari tangannya.

Baca: Tutup Spekulasi! Zul Ariffin Jawab Siapa Gerangan Gadis Ukraine Melancong Bersama Ke Phuket

Manakala, baru-baru ini juga foto-foto terbaharu mereka kembali tular menerusi pembongkaran tanpa lelah netizen.

Akaun wanita itu juga turut diserang peminat fanatik Zul hingga pemiliknya memadamkan hampir kebanyakan gambar yang dimuat naik dan menyelar kembali tindakan netizen Malaysia yang bertindak agresif.

Secara tuntas kata Zul, dia tidak akan menafikan hubungan mereka dan mengandaikan masyarakat sudah boleh menilai sendiri berdasarkan apa yang mereka lihat.

"Saya tak nak cakap dia syok sendiri. Apa yang saya boleh cakap, saya tak nak denied this and that, orang kat luar boleh menelah perkara itu tetapi apa yang ada sudah cukup jelas.

"Anda tak akan dapat sebarang kenyataan rasmi daripada saya. Apa yang anda tengok, anda pun tahu.

"Sudah ada di situ, jadi tengoklah!" ujarnya.

Zul bakal muncul menerusi filem thriller seram Misteri Dilaila bergandingan dengan Elizabeth Tan dan Sasqia Dahuri.

Filem arahan Syafiq Yusof itu bakal ditayangkan pada 21 Februari 2019.