Aktor popular Hollywood, Brad Pitt telah menghadiri majlis sambutan hari jadi bekas isterinya, Jeniffer Aniston yang ke-50 pada 9 Februari lalu.

Menurut sumber, selain menghadiri majlis itu, Brad turut memberi hadiah kepada Jeniffer dan ia telah terlebih dahulu diketahui oleh teman-teman rapat bekas isterinya itu.

Selain itu, ada juga sumber dalaman mengatakan Brad berasa bebas untuk pergi kemana sahaja yang dimahukan termasuk menghadiri sambutan hari jadi Jeniffer memandangkan dia tidak mempunyai komitmen dalam sesuatu hubungan buat masa ini.

Selain Brad, majlis itu turut dihadiri oleh bintang Hollywood lain seperti Katy Perry, George Clooney, Orlando Bloom dan Gwyneth Paltrow.

Brad dan Jeniffer mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 hingga 2005, kemudian Brad mengahwini aktres Angelina Jolie namun rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2016.

Kini, ada juga desas desus mengatakan Brad sedang menjalinkan hubungan bersama aktres Charlize Theron, namun mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Sumber : hollywoodlife.com