Anggota kumpulan K-Pop terkenal iKON, Yunhyeong dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta bersama Daisy (MOMOLAND).

Bagaimanapun berita yang menjadi topik hangat hari ini mendapat respon yang berbeza daripada kedua-dua syarikat pengurusan artis berkenaan.

Menurut syarikat pengurusan Daisy, MLD Entertainment mengesahkan pasangan ini dalam proses mengenali antara satu sama lain.

“Ini merupakan kenyataan rasmi kami berkenaan dengan berita percintaan antara Daisy dan Yunhyeong.

“Selepas menyemak sendiri dengan Daisy, kami ingin mengumumkan bahawa hubungan pasangan ini telah menjangkau usia tiga bulan dan sedang mengenali hati budi masing-masing,” jelas wakilnya.

Manakala kenyataan syarikat pengurusan Yunhyeong, YG Entertainment, menegaskan pasangan berkenaan belum bergelar kekasih.

“Mereka memang mempunyai minat antara satu sama lain, pernah bertemu beberapa kali sebelum ini.

“Tetapi pasangan ini belum lagi belum lagi menjalinkan hubungan cinta dan tidak mempunyai perancangan ke arah itu,” kata wakilnya.

Terdahulu, Yunhyeong dan Daisy dilaporkan menjalinkan hubungan cinta sejak tga bulan lalu.

Sumber: Soompi / Allkpop