Belum lagi ditayangkan di pawagam, peminat filem sudah tidak sabar menantikan sekuel Frozen 2 selepas trailer filem itu ditayangkan semalam.

Trailer yang dimuat naik menerusi Youtube rasmi Walt Disney Animation Studios kini telah mendapat lebih 9 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Naskah antarabangsa popular itu juga mendapat respon positif daripada peminat filem yang rata-ratanya menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton Frozen 2.

Lebih-lebih lagi apabila trailer berdurasi 1:59 minit itu memaparkan aksi mendebarkan apabila karakter popular, Princess Elsa cuba menggunakan kuasanya sambil berlari dan bertarung dengan ombak besar sebelum tenggelam.





Filem arahan Chris Buck dan Jennifer Lee ini bakal ditayangkan dipawagam November nanti.



Foto: Trailer Frozen 2