Pelakon Yaya Maembong telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya malam semalam (Rabu).

Berita gembira itu didedahkan sendiri oleh suaminya, pelakon Wan Raja yang telah memuatnaik sekeping foto kira-kira 13 jam yang lalu menerusi akaun Instagram (IG)nya dengan kapsyen “Assalamualaikum Dunia…”

Bagaimanapun, sehingga kini Wan Raja masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya anak sulungnya itu.

Selain Wan Raja, kekasih kepada aktres Emma Maembong, Kamal Adli juga turut berkongsi rasa teruja dengan kelahiran bayi comel itu dan memuatnaik foto bersama pasangan berkenaan.

“Tahniahhhhhhhh!!!!!! yeayyyy @wanraja @yaya_maembong.” tulisnya.

Disebabkan foto tersebut, ruangan komen IGnya mula dipenuhi dengan usikan manja oleh para peminat Kamal Adli yang tidak sabar untuk melihat giliran pelakon kesayangan mereka itu menjadi bapa.

Tidak kurang juga ada juga yang menyarankan supaya Kamal Adli cepat-cepat berkahwin dengan Emma.

Sementara itu, pengikut IG juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Yaya dan Wan Raja serta mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.