Apabila mengerjakan Umrah, ada pelbagai perkara yang perlu dititik beratkan untuk memastikan anda berasa selesa, mudah dan selamat.

Aplikasi Manhajj menyediakan banyak kemudahan untuk anda yang ingin mengerjakan Umrah ataupun sedang mengerjakan Umrah.

Dengan Aplikasi Manhajj, anda boleh mendapatkan latihan secara atas talian untuk mengerjakan aktiviti-aktiviti Umrah.

Menggunakan aplikasi ini juga membolehkan anda mendapatkan maklumat terkini dan pantas tentang apa jua yang berkaitan dengan Umrah.

Selain daripada itu, Aplikasi Manhajj juga turut dilengkapi dengan hiburan mengikut Syariah sebagai salah satu cara untuk merehatkan minda anda.

Ada banyak sebab lagi kenapa anda perlu memuat turun aplikasi Manhajj.



1. Butang Panik
Ianya membolehkan Jemaah berkomunikasi dengan Mutawwif ketika mengalami kecemasan seperti sakit, hilang dan sebagainya.



2.Pendaftaran Tempahan Umrah
Untuk anda yang ingin mengerjakan umrah, anda boleh memilih untuk mendaftar secara atas talian untuk mengerjakan umrah tanpa perlu bersusah payah.



3. Latihan Mengerjakan Umrah Secara Atas Talian
Tunjuk ajar melalui gambar serta teks tentang cara mengerjakan Umrah membolehkan anda merasai dan memahami sendiri bagaimana caranya mengerjakan Umrah dengan betul.



4. Diari Umrah
Senarai serta checklist aktiviti-aktiviti harian para Jemaah untuk dijadikan rujukan terus ketika beribadah di Mekah dan Madinah.



5. e-Library
Menyediakan e-kamus tentang perkataan dan terminologi yang sering digunakan ketika mengerjakan Umrah. e-Library juga mempunyai pelbagai fakta-fakta menarik termasuklah e-Sirah yang menyediakan sejarah-sejarah Islam.

Anda tidak lagi perlu bersusah payah. Muat turun aplikasi Manhajj sekarang dan mendaftarlah untuk kemudahan anda, keluarga dan rakan-rakan.

Aplikasi Manhajj boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store.