Selebriti Ruhainies, Puteri Aishah dan Julia Farhana kini tinggal sebumbung di sebuah rumah di ibu kota Kuala Lumpur.

Ruhainies, Puteri dan Julia tinggal bersama, di dalam drama mini bersiri digital berjudul 3 Gadis Manis Musim Ketiga yang akan bersiaran di laman web Astro Gempak dan boleh dilayari di www.3gadismanis.com.my mulai 14 Februari ini untuk menonton kelapan episod.

Membawa watak Kirin (Ruhainies), Icha (Puteri Aishah) dan Sabrina (Julia Farhana) drama tersebut mengisahkan persahabatan tiga gadis yang makin rapat sejak Kirin mula tinggal bersama di ibu kota Kuala Lumpur.

Kirin mempunyai satu impian untuk menjadi seorang pembuat kek yang berjaya. Oleh sebab itu, dia bekerja di sebuah kedai kek yang popular di mana di situ juga merupakan tempat pertemuan pertama kali ibu bapanya.

Biarpun mereka mempunyai cita-cita dan haluan yang berbeza, namun mereka sentiasa membantu dan menyokong satu sama lain dalam apa jua keadaan.

Drama lapan episod ini juga mempamerkan karakter setiap tiga gadis yang saling memberi inspirasi untuk terus tabah menangani cabaran hidup serta dalam mencari cinta sejati.

Turut menjayakan drama mini ini termasuklah pelakon muda, Daler Yusuf sebagai Que serta pelakon yang sedang meningkat naik aktor Hafeez Mikail sebagai Dafi.

Bukan itu sahaja, selain daripada lapan buah episod istimewa yang akan ditayangkan di www.3gadismanis.com.my, para penonton berpeluang untuk menyertai peraduan kuiz di portal rasmi bagi mengetahui perwatakan diri yang sesuai seperti dalam 3 Gadis Manis.

3 Gadis Manis turut dimeriahkan dengan kehadiran Nivea sebagai peneraju utama menerusi Rose & Argan Oil in Lotion, Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion dan Vanilla & Almond Oil in Lotion.

Jangan lupa saksikan drama bersiri 3 Gadis Manis musim ketiga, flowers always bloom!