Juara Big Stage, Sarah Suhairi mendedahkan dia tidak mengetahui rekaan baju yang direka untuk dirinya bagi digayakan pada malam Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).

Menurut Sarah dia hanya memberitahu kepada orang yang bertanggungjawab untuk menyediakan busana yang menutup serta tidak terlampau menonjol.

"Saya pergi untuk membuat ukuran baju sebelum terbang ke Turki kerana akan berada di sana selama sembilan hari.

"Saya memang tidak tahu menahu secara detail mengenai rekaan baju tersebut cuma diberitahu busana itu seakan 'Lady Gaga'.

"Saya hanya menerima apa yang disediakan cuma meminta pakaian itu biarlah menutup serta tidak terlalu menonjol," katanya kepada Gempak.

Sarah ditemui sejurus usai malam Eksklusif Meletop di Studio 1, Bukit Jalil.

Tambah pelantun lagu Nyawa & Raga ini berkata dia tidak mempunyai masalah dengan pakaian yang telah direka untuknya.

"Selepas saya pulang dari Turki dan melihat sendiri pakaian itu memang tidak mempunyai masalah bagi saya.

"Apa yang saya minta untuk menutup bahagian yang sepatutnya telah diberi.

"Baju itu pun tidak menyusahkan diri saya untuk bergerak namun mungkin netizen tidak bersedia untuk melihat reka bentuk sebegitu," katanya lagi.

Jangan lupa undi Sarah yang tercalon dalam kategori Lagu Meletop dan Artis Baharu Meletop.

Undian fasa pertama mula dibuka mulai 12 Februari 2019 hingga 8 Mac 2019, jam 6 petang untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.

Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2019 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my dan portal rasmi ERA.

AME 2019 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan untuk AME kali ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Group/Duo Meletop, Hos Meletop, Drama Meletop, Pelakon Meletop, Program Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop, Artis Baharu Meletop, Artis Lawak Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop, Si Cilik Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.