Hubungan cinta antara pelakon Korea, Kim Bum dan Oh Yeon Seo telah berakhir.

Perkara itu disahkan oleh syarikat pengurusan Kim Bum, King Kong by Starship dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

“Setelah mendapatkan kepastian, Kim Bum dan Yeon Seo telah membuat keputusan mengakhiri hubungan cinta mereka sejak akhir tahun lalu,” kata wakilnya.

Bagaimanapun menurut agensi Yeon Seo, Celltrion Entertainment, mereka tidak boleh mendedahkan punca hubungan pasangan itu berakhir.

“Memang benar mereka berdua telah berpisah namun kami tidak boleh memberikan maklumat lanjut mengenai perpisahan itu kerana ia melibatkan kehidupan peribadi mereka,” jelasnya.

Terdahulu, Kim Bum dan Yeon Seo menjalinkan hubungan cinta sejak Mac 2018.

Sumber: Soompi