Penyanyi rap popular Hollywood, Cardi B telah memadam akaun Instagramnya beberapa hari lalu.

Menurut sumber, dipercayai Cardi berbuat demikian ekoran selepas menerima kecaman dari peminat dan beberapa rakan artis yang mempertikaikan kemenangannya di Anugerah Grammy yang ke-61 baru-baru ini.

Cardi telah memenangi kategori Album Rap Terbaik dan tercalon untuk lima kategori secara keseluruhan selain turut tampil membuat persembahan di anugerah berprestij itu.

Antara artis yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan kemenangan Cardi itu adalah Ariana Grand, namun Ariana telah memadam semua kenyataan berkaitan perkara itu di laman Twitter.

Sebelum memadam akaunnya, Cardi sempat mejelaskan bahawa dia telah berkerja keras selama berbulan untuk menghasilkan album Invasion of Privacy yang dimenanginya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial tersebut.

Sumber : www.elle.com