Pelakon Kamal Adli merasakan dia tidak perlu terlibat dengan isu kontroversi panas aktres Emma Maembong

Menurut Kamal dia tidak mengetahui kenapa Emma bertindak mengambil keputusan untuk kembali membuka tudung.

"Saya sebenarnya tidak ingin terlibat kerana tidak sepatutnya saya berada dalam isu ini.

"Mungkin dekat antara saya dengan isu tersebut oleh sebab itu nama saya dikaitkan.

"Saya tidak berani nak campur tetapi saya mendoakan yang baik-baik untuknya," katanya kepada Gempak.

Kamal ditemui sejurus usai malam Eksklusif Meletop di Studio 1, Astro Bukit Jalil semalam.

Tambah Juara Super Spontan Superstar 2017 ini, dia memohon kepada netizen untuk memberi ruang kepada Emma.

"Kepada netizen di luar sana, saya memohon untuk memberi ruang kepadanya.

"Saya sendiri tidak tahu menahu kenapa dia bertindak sebegitu. Mungkin dia ada alasan tersendiri, itu antara dirinya dengan Allah.

"Saya tidak tahu apa-apa kerana tidak diberitahu. Mungkin ada perkara yang dipendam tetapi tidak difahami oleh orang lain.

"Itu keputusan dia. Memang itu adalah satu isu yang besar tetapi perkara itu jadi bersebab.

"Sebab itu ada pada dirinya, kita tidak tahu kenapa," katanya lagi.

Jangan lupa undi Kamal yang tercalon dalam kategori Hos Meletop dan Artis Lawak Meletop.

Undian fasa pertama mula dibuka mulai 12 Februari 2019 hingga 8 Mac 2019, jam 6 petang untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.

Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2019 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my dan portal rasmi ERA.

AME 2019 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan untuk AME kali ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Group/Duo Meletop, Hos Meletop, Drama Meletop, Pelakon Meletop, Program Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop, Artis Baharu Meletop, Artis Lawak Meletop,
Couple Meletop, Fesyen Meletop, Si Cilik Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.