Pengacara dan pelakon popular Neelofa akui susah untuk berdiam diri daripada berkongsi masalah di platform media sosial.

Namun begitu, Neelofa berkata perkara itu perlu dididik dalam diri untuk senyap serta tidak melakukan tindakan sebegitu.

"Sebenarnya perkara itu sudah lama saya perhati.

"Saya sendiri sebenarnya susah untuk berdiam diri terutamanya di Instagram (IG) apabila sesuatu perkara terjadi.

"Secara normalnya kita ingin menyuarakan apa yang kita rasa, perasaan marah ataupun sedih.

"Namun, kita perlu mendidik diri untuk senyap dan tidak melakukan sebarang tindakan di IG.

"Sangat senang untuk sesiapa sahaja menyuarakan perasaan itu namun agak susah untuk terus kekal mendiamkan diri," katanya kepada Gempak.

Neelofa yang ditemui sejurus usai malam Eksklusif Meletop di Studio 1, Astro Bukit Jalil semalam merasakan tidak adil untuk dirinya bersuara ataupun masuk campur bagi pihak mana-mana.

"Saya rasa tidak adil untuk saya bersuara atau pun masuk campur jika soalan itu ditujukan kepada orang di sekeliling saya.

"Ini merupakan satu pesanan kepada sesiapa saja kerana semua orang akan mengalami masalah yang sama.

"Sosial media akan memburukkan lagi keadaan masalah itu.

"Apabila ianya dikongsikan ke media sosial, terus besar jadinya," ulasnya lagi.

Jangan lupa undi Neelofa yang tercalon dalam kategori Hos Meletop dan Fesyen Meletop.

Undian fasa pertama mula dibuka mulai 12 Februari 2019 hingga 8 Mac 2019, jam 6 petang untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.

Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2019 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my dan portal rasmi ERA.

AME 2019 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan untuk AME kali ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Group/Duo Meletop, Hos Meletop, Drama Meletop, Pelakon Meletop, Program Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop, Artis Baharu Meletop, Artis Lawak Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop, Si Cilik Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.