Pelakon Datin Niena Baharun tidak ralat untuk berehat dari dunia lakonan kerana mahu memberikan fokus terhadap anak sulungnya.

Nama Niena dikenali ramai selepas dia membawakan watak antagonis bernama Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku.

Ketika itu, Niena sedang sarat hamil anak sulung, Adiel Mikael.

Caption untuk Adiel? ? #adieldontbenottyya

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on


"Saya sendiri tak sangka watak Husna jadi viral dan mendapat perhatian ramai. Peminat mula memanggil saya dengan nama Husna dan saya turut menerima tempias watak antagonis.

"Ketika itu, saya sedang sarat mengandungkan anak dan saya bersalin pada 24 Oktober tahun lalu.

"Sehingga kini, saya masih belum menerima tawaran berlakon kerana mahu memutuskan untuk berehat sebentar untuk memberi fokus kepada anak.

"Sejujurnya, saya tidak ralat kerana anak merupakan prioriti utama saya. Biarlah anak saya besar sedikit, barulah saya kembali ke set penggambaran," kata Niena.

Tambah Niena, suaminya, Datuk Alif Firdaus juga tidak menghalang kerjaya lakonannya.

Kesayangan mommy ❤️

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on


"Suami okay sahaja untuk saya kembali aktif selepas melahirkan anak. Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami.

"Tetapi, saya sendiri mahu memberikan masa terlebih dahulu kerana mahu melihat anak membesar depan mata," katanya.