Pelakon Nonny Nadirah mendedahkan hidayah datang kepadanya sedikit demi sedikit selepas pulang dari mengerjakan Umrah.

Meskipun Nonny memberithau dia masih tidak bertudung selepas pulang dari Umrah namun kesedaran untuk berubah itu datang hari demi hari.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana menerima sokongan yang kuat dari ibu serta rakan-rakannya.

“Selepas balik dari mengerjakan ibadah umrah saya masih freehair lagi,pergi program pun tak pakai tudung dan selepas sehari kemudian saya terdetik mengajak sahabat saya untuk teman saya pergi membeli beberapa helai tudung. ada pun tudung ataupun shawl sebelum ini hanyalah untuk dipakai semasa shooting.

“Saya mengadu dengan mak saya,”hmm..mama kalau nak bertudung,baju semua macam mana? sebab banyaknya baju-baju saya tidaklah sesuai untuk dipakai dengan tudung dan mcm mama sendiri maklum saya bukannya ada banyak tudung.banyak dibeli sebelum ni pun hanyalah untuk mama. saya risau ni ma.

“Mama pun jawab dengan nada yang tenang “jika niat kamu sudah ada dan terdetik untuk memakai tudung,Insyaallah Allah akan permudahkan urusan kamu.hidayah memang milik Allah dan daripada Allah tapi kita sendiri yang kena paksa diri kita untuk menguatkan hati kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. berbalik kepada Allah dan minta dengan Allah untuk permudahkan urusan kita dan jangan dibolak-balikkan hati kita.

“Keesokan harinya sahabat saya telah menghadiahkan beberapa helai tudung kepada saya dan seorang lagi sahabat menghadiakan buku panduan sembahyang kepada saya. Allah dengar doa saya,” tulisnya.

Nonny berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, Nonny memberitahu dia masih lagi dalam fasa percubaan dan mahu diberi masa untuk memperbaiki dirinya.

“Saya masih didalam fasa percubaan,dan bagilah masa kepada diri saya utk memperbaiki diri,hari demi hari bukan disebabkan makhluk tetapi kerana Allah ta’ala.

“Terima kasih kepada yang mendoakan, keluarga, peminat,kawan-kawan..siap ada yang email dan dm private kat saya,doa-doa dan kata-kata semangat korang membuatkan air mata saya mengalir tak henti. akan tetapi janganlah dikeji atau dikecam bila mana selepas ini jika ada kekurangan dari diri saya. kita semua manusia biasa.

“Mungkin harini saya keluar hanyalah menggunakan shawl,insyaallah esok hari saya dah boleh memakai tudung dengan sempurna.. doa yang baik2...

“Untuk pengetahuan anda,its not easy gais.sebelum ni pakai hanya waktu shooting,sekarang ni baru saya rasa betapa mencabarnya untuk si pemakai-pemakai tudung dan hijabers.

“Seblum nak keluar rumah dahlah nak cepat terlepas pulak peniti dari kepala,tercucuk berdarah jari terkena peniti,nak bukak tudung terlupa peniti masih atas kepala,pin tudung senget sampai ke kiri kanan muka,bila time makan pulak tudung makin ke depan. Allahuakhbar.. saya takkan lupakan pengalaman ini sampai bila-bila,” luahnya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terus memberi kata-kata semangat serta mendoakan agar Nonny istiqamah.

Selepas blk dari mengerjakan ibadah umrah sy masih freehair lagi,pergi program pun x pakai tudung dan selepas sehari kemudian sy terdetik mengajak sahabat sy utk teman sy pergi membeli bbrp helai tudung. ada pun tudung ataupun shawl sblm ini hanyalah utk dipakai semasa shooting. . sy mengadu dgn mak sy,”hmm..mama kalau nak bertudung,baju semua mcm mana? sebab byknya baju2 sy tidaklah sesuai utk dipakai dgn tudung dan mcm mama sendiri maklum sy bukannya ada byk tudung.byk dibeli sblm ni pun hanyalah utk mama. sy risau ni ma. ? mama pun jawab dgn nada yg tenang “jika niat kamu sudah ada dan terdetik utk memakai tudung,Insyaallah Allah akan permudahkan urusan kamu.hidayah mmg milik Allah dan dpd Allah tapi kita sendiri yg kena paksa diri kita utk menguatkan hati kita utk berubah ke arah yg lebih baik. berbalik kpd Allah dan minta dgn Allah utk permudahkan urusan kita dan jgn dibolak-balikkan hati kita. Keesokan harinya sahabat sy telah menghadiahkan bbrp helai tudung kpd sy dan sorg lagi sahabat menghadiakan buku panduan sembahyang kpd sy. Allah dengar doa sy.?? . Sy masih didalam fasa percubaan,dan bagilah masa kpd diri sy utk memperbaiki diri,hari demi hari bukan disebabkan makhluk tetapi kerana Allah ta’ala. Terima kasih kpd yg mendoakan,keluarga,peminat,kwn2..siap ada yg email dan dm private kat sy,doa2 dan kata2 semangat korang membuatkan airmata sy mengalir x henti. akan tetapi jgnlah dikeji atau dikecam bila mana selepas ini jika ada kekurangan dari diri sy. kita semua manusia biasa. mungkin harini sy keluar hanyalah menggunakan shawl,insyaallah esok hari sy dah boleh memakai tudung dgn sempurna.. doa yg baik2... . Utk pengetahuan anda,its not easy gais. sblm ni pakai hanya waktu shooting,skrg nie baru sy rasa betapa mencabarnya utk si pemakai2 tudung & hijabers. Sblm nak keluar rumah dahlah nak cepat terlepas pulak peniti dari kepala,tercucuk berdarah jari terkena peniti,nak bukak tudung terlupa peniti masih atas kepala,pin tudung senget sampai ke kiri kanan muka,bila time makan pulak tudung makin ke depan. Allahuakhbar.. sy takkan lupakan pengalaman ini sampai bila2.? . @bizmillatravel @bizmillatravel @bizmillatravel

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on