TUTUP

"Cinta Dan Sayang Dalam Hati Bukan Untuk Dipertontonkan" - Romantis Betul Ayat Abam Bocey

Hiburan

Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan bukan hanya sekadar pelawak, tetapi orangnya juga romantis.

Abam kini bercuti di Pulau Pinang membawa isteri tersayang, Siti Norhidayah Mohd Ali yang sedang mengandung cahaya mata pertama mereka.

Terbaru, Abam memuat naik sekeping gambar bersama isteri yang diambil di Padang Kota Lama ke Instagramnya.
 

"Bila ada masa terluang... jangan janjikan cinta setinggi langit... Jangan janjikan sayang seluas lautan.

"Cukup sekadar sejuk mata memandang... cukup sekadar kita sedar siapa diri kita.

"Cinta dan sayang dalam hati bukan untuk dipertontonkan," tulis Abam sebagai caption gambar tersebut.

Abam dan Norhidayah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember, 2017 dan kini sedang menanti cahaya mata pertama mereka.

Artikel Berkaitan