Pelakon Gerak Khas dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi di masukkan ke hospital dikatakan mengalami keracunan makanan.

Dalam beberapa entri di Instagramnya, Abby turut berkongsi gambar dan video beberapa orang pelakon Gerak Khas yang turut datang melawatnya di hospital.

Terima Kasihhhh datang ziarah ? Maknya @memeysuhaiza @normanhakim_786 @mikayladelishahakim . Alhamdullillah Memey pun sihat dah. Samalah dgn kita. Sikit lagii tinggal saki baki je ni hihi ? . Doakan esok kita keluar k. Sbb 13hb kita ada kerja sesama kan hehe.. jumpa nnti ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Menjawap pertanyaan peminat di Instagramnya, Abby menyatakan dia mengalami cirit birit.

Ahli keluarganya serta bekas suami Norman Hakim dan isteri Memey Suhaiza turut datang menziarah Abby di hospital.

Kami di Gempak mendoakan semoga Abby cepat sembuh.