Penyanyi Sufian Suhaimi menyifatkan tindakan menularkan gambar mesra seorang lelaki miripnya bersama seorang gadis di media sosial baru-baru ini perbuatan khianat.

Baca: Tular Foto Mirip Sufian Suhaimi Tidur Bersama Seorang Wanita, Ini Komen Tuan Punya Badan

Jelas Sufian, gambar yang tular selepas kemenangannya di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) merupakan serangan bersifat peribadi.

“Sejujurnya saya berasa ralat dengan perkara ini. Dalam masa sama, saya tak terkejut. Saya berasakan ini bukan satu isu besar dan tak perlu pun diperbesarkan.

“Kalau boleh berhenti beri perhatian pada isu ini. Tak nak ia jadi fokus orang ramai. Biarkan ia berlalu begitu saja.

“Sedangkan ada perkara lebih gembira ingin dikongsi. Nampak sangat ini lebih kepada perbuatan khianat,” katanya kepada memetik laporan Harian Metro.

Sufian bagaimanapun enggan mengambil pusing akan hal terbabit dan mendedahkan tiada sebarang hubungan dengan wanita itu.

"Sampai sekarang saya masih solo. Saya berhak untuk berkawan dengan sesiapa saja,” katanya.