Kisah peribadi selebriti sering jadi tumpuan peminat tapi selebriti, Norish Karman mempunyai cara tersendiri berdepan komen netizen.

Ujarnya, peminat lazim bertanya perangai artis yang dijadikan idola mereka sehingga melakukan pelbagai perkara termasuk cerita panas ketika ini, artis buka tudung.

"Ramai tanye sy, nape artis ni macm tuh perangainya ? Nape buat hal? kan dia icon? Kami netizen pandang dia sebagai Idola tau tak?? nape la dia bukak tudung? nape la artis selalu buat hal.... Bla bla bla... ramai mintak pendpt dan pandang me.....," katanya dalam status di Instagramnya, @norishkarman semalam.

Ramai tanye sy,nape artis ni macm tuh perangainya ? Nape buat hal? kan dia icon? Kami netizen pandang dia sebagai Idola tau tak??nape la dia bukak tudung ?nape la artis selalu buat hal.... Bla bla bla...ramai mintak pendpt dan pandang me..... Hmm....kalau semua bole fhm bhw sy ni hidup cara dan kemampuan sy sebagai ibu Tunggal membesarkan 4org anak...demi anak2 demi memberi masa yg kualiti dan didikan agama dan kasihsayang ,dah hampir 5tahun sy hidup sebagai manusia "biase biase " bak kata mantan PM ... Sy tak amik pot ape org kutuk & mengata psl sy jika sy di hina atau senantiase menjadi topik membawanag dari dulu hingga kini pun takde hal..sy tak pernah kisah...krn ape ?? Krn Allah swt dah tentukan hidup sy...Allah swt yg telah susun sgale dugaan dan kebahgiaan...hanya sy perlu sabar dan bertaqwa agar pengakhiran hidup ku dpt kucipta bersama Allah swt...apabila kematangan menyelubungi sesorang manusia maka Kita akan berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. Kita berhenti menunjuk kepandaian,kehebatan mengakui kepandaian,kebaikan dan kehebatan orang lain. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak . Kita berhenti meletakkan *nilai kebahagian pada kebendaan* . Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 8 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan..Dan jika nak jadikan idola anda, sila folo ig idola sy ni??

A post shared by QueenWarriorNorish (@norishkarman) on

Bagaimanpun, Norish memilih caranya tersendiri sebagai selebriti iaitu dengan memberi fokus pada keluarga.

"Kalau semua bole fhm bhw sy ni hidup cara dan kemampuan sy sebagai ibu Tunggal membesarkan 4org anak... demi anak2 demi memberi masa yg kualiti dan didikan agama dan kasih sayang, dah hampir 5 tahun sy hidup sebagai manusia "biase biase " bak kata mantan PM.

"Sy tak amik pot ape org kutuk & mengata psl sy jika sy di hina atau senantiase menjadi topik membawanag dari dulu hingga kini pun takde hal.. sy tak pernah kisah," katanya.

Norish percaya Allah sudah tentukan hidupnya termasuk menyusun segala dugaan dan kebahagiaan.

"Hanya sy perlu sabar dan bertaqwa agar pengakhiran hidup ku dpt kucipta bersama Allah SWT.

"Apabila kematangan menyelubungi sesorang manusia maka kita akan berhenti menilai dan menghukum orang lain tetapi fokus untuk merubah diri sendiri," katanya.

Jelasnya, manusia juga seharusnya menerima orang lain seadanya dan faham makna perbezaan pendapat tanpa perlu taksub.

"Kita berani 'melepaskan' kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas.

"Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain," katanya.

Norish juga menasihati netizen agar berhenti membandingkan nasib sendiri dengan orang lain.

"Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @norishkarman