Sejak beberapa bulan lalu, pelakon Elly Mazlein sudah mula memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki apabila memuat naik foto bersama seorang lelaki.

Namun sehingga kini, Elly tidak mendedahkan wajah sebenar lelaki tersebut dan kebanyakan gambar yang diambil adalah dari belakang.

Terbaharu, Elly atau turut dikenali sebagai Lina Pom Pom itu memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) yang menunjukkan kekasihnya itu berada di kediamannya.

Demi untuk tidak mendatangkan fitnah, Elly terlebih dahulu menjelaskan bapanya turut berada di rumah ketika kekasihnya datang.

“Bahagiaku…Kalau ada yg bertanya la ye .. Ya ,Abah ade d rumah masa ni .. abis je keja td, kak pommm trus memasak ,bertukang d Dapo utk jamu 2 hero kakak lina ni mamam,” tulisnya.

Menerusi foto tersebut kelihatan lelaki tersebut sedang bersembahyang ditemani anaknya Sephia disisinya.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Elly dan pasangan segera mendirikan rumah tangga.

Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada November 2014.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

Bahagiaku ❤ . Klu ada yg bertanya la ye .. Ya ,Abah ade d rumah masa ni .. abis je keja td, kak pommm trus memasak ,bertukang d Dapo utk jamu 2 hero kakak lina ni mamam ?????

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on