Mengakui yang hatinya masih belum dimiliki, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Gemilang ini banyak belajar dari kesilapan lalu.
"Sejujurnya, saya banyak belajar dari kesilapan lalu. Kalau dulu saya terbuka untuk berbincang mengenai soal hati dan perasaan, kini saya mahu menyimpannya sebagai sesuatu yang peribadi.
"Saya banyak mengambil iktibar dari apa yang terjadi dahulu dan tidak mahu tergesa-gesa. Memori lalu mematangkan saya dan saya tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku dahulu," kata Tasha optimis.
Tambah Tasha, dia akan bercerita kepada umum sekiranya semuanya sudah mencapai kata sepakat.
"Jika saya sudah bertemu dengan lelaki yang bakal bergelar suami kelak, saya akan umumkannya. Kalau semua dah 'confirm', barulah saya akan beritahu kepada rakan media dan peminat.
"Insya-Allah, saya mohon peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya," katanya lagi.