Umum mengetahui hubungan baik yang terjalin antara aktres Janna Nick dengan pelakon, pengacara dan penerbit JS Pictures, Sheila Rusly.

Namun begitu, entri laman Instagram Sheila yang dimuat naik dua hari lalu untuk mempromosikan drama bersiri terbitannya yang dilakonkan oleh Janna, Leftenan Zana mengundang spekulasi netizen.

Menerusi kapsyen entri terbabit, isteri kepada pengarah Azman Yahya ini bercakap mengenai 'tak semua jasa akan dikenang'.



Biarpun Sheila tidak menyebut sebarang nama, ada pengikut laman Instagram mula mengaitkan Janna dengan kapsyen tersebut.



Seterusnya, Sheila memuat naik entri terbaru sehari selepas posting sebelum ini dan pengacara rancangan Ketuk Ketuk Ramadan itu terkejut kerana mendapat komen negatif dari netizen.



Sekali lagi, netizen mengaitkan Janna dengan perkara terbabit.

Tidak berdiam diri, Sheila menjawab komen mereka dan menjelaskan tiada isu perli memerli yang berlaku.





Menerusi pemerhatian di laman Instagram Janna, pelakon itu mempromosikan drama lakonannya seperti biasa.



Namun begitu, di entri terbabit, terdapat beberapa komen netizen yang turut mengundang spekulasi.



Sebelum ini, Janna sering menjayakan drama bersiri terbitan Sheila bersama suami dan ia sering mendapat perhatian penonton.

Antara karya terbitan JS Pictures yang pernah dijayakan oleh Janna ialah Syurga Nur, Kau Aku Kita, Isteri Untuk Diiktiraf dan banyak lagi.