Pelakon Shakilla Khoriri akui hingga kini dia dan suami Fizi Ali belum memiliki sijil nikah.

Semuanya gara-gara kerana belum mengambil sijil tersebut dari pejabat agama.

Namun, Shakilla sempat berseloroh agar mereka tidak ditangkap basah oleh pihak pencegah maksiat.

“Baru teringat sijil nikah tak ambil lagi. Harap malam ni tak kena tangkap basah.

“Fizi Ali, jangan bagitahu kita kat Melaka tau,” tulisnya

Kongsi Shakilla menerusi akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun rata-rata pengikutnya mengingatkan agar pasangan itu segera menguruskan sijil nikah mereka kerana bimbang timbul masalah kelak bila tiba waktu hendak bersalin.

Namun Shakilla membalas komen tersebut dengan memberitahu dia akan segera menguruskannya hari ini.




Shakilla mendiri rumah tangga bersama Fizi pada 18 Februari 2018.