Pelakon Nabila Huda mengakui tidak faham apabila orang ramai sering menggunakan istilah 'bossku'.

Menerusi entri di Instagram Stories, Nabila berkongsi reaksinya terhadap istilah yang sering digunakan oleh orang ramai pada masa kini.

"Boleh tak stop cakap bossku bossku! Malu apa bossku. Tak fahamlah amende tu. Benci gila la!

"Bila masa pulak aku jadi boss? Bila masa pulak aku malu? Annoying lah. Macam orang cakap “retis”!

"Sumpah rasa nak cepuk je bosskur bosskur. Kg.com sangat! Love!," tulisnya.

Dalam perkembangan terkini, Nabila bakal terlibat dalam teater Ola Bola The Musical yang bakal dipentaskan tidak lama lagi.

Ola Bola The Musical dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 12 Februari ini sehingga 8 Mac 2019.

Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket Ola Bola The Musical bermula 15 Januari di Buyticket.Asia.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).