Penyanyi dan finalis Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33), Khai Bahar mendedahkan dia belajar vokal bersama guru vokal dan penyanyi Ernie Zakri sebelum berentap di pentas AJL 33 Ahad lalu.

Khai berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

"Sebenarnya saya bukan nak tunjuk bagus atau try hard, tapi untuk memantapkan dalam nyanyian saya, insha-Allah saya akan terus belajar dan belajar.

"Thank you cikgu Ernie Zakri banyak membantu," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Khai meninggalkan respon positif dengan memuji persembahannya menyanyikan lagu Luluh di anugerah berprestij itu.

sbnarnya saya bukan nk tnjuk bagus atau try hard, tapi untuk memantapkan dlam nyanyian saya,insha Allah saya akan terus blajar dan blajar, tq cikgu @erniezakri bnyak membantu, #Repost @myrizal ・・・ PART 3 BTS AJL 33 preparation for Luluh terima kasih @khaibahar94 atas kesungguhan yang ditunjukkan ?... i am so proud of u brother ✌️.. terima kasih cikgu kecik manis Ernie yg powerpack atas segala ilmu yang dicurahkan ? terima kasih juga kepada team @narrecords ? TQ kepada partner saya @fadleeyusof ?... tq jugak kepada @maelnasuha & @ajmainali9 atas bantuan pada hari event ? terima kasih kepada sound engineer Kecik @muhammad_fadzly87 ? last but not the least a BIG THANK YOU ? to all the fans @khaibaharempire @kbspore @khaibaharfc.bn @ikb_indonesia @kbfc_hongkong @kbfcindonesia serta setiap individu yg menyokong Khai dengan apa cara sekali pun ❤️ . #love #malaysia #kualalumpur #mytwitteranniversary #cny2019 #cny . . Repost from Khai Bahar terima kasih AJL33 @tv3malaysia dan semua penyokong saya yg sentiasa ada di belakang saya. terima kasih juga @yamahamusicmalaysia & @far8byalteliaamani makeup by @aidaabdhamid terima kasih kepada insan hebat @aubrey_suwito kerana sudi mengiringi persembahan saya. tak lupa kepada @erniezakri yg dh banyak membantu saya sebgai guru vokal yg best! ?? #luluh #ajl33

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on


Namun begitu, rezeki tidak menyebelahi penyanyi ini, juara AJL33 telah dimenangi oleh Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini menerusi lagu Haram, tempat kedua dimenangi oleh Ara Johari dengan lagunya Bunga, dan tempat ketiga disandang oleh Misha Omar yang mempertaruhkan lagu Sampai Bila.

Manakala persembahan terbaik dimenangi oleh Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu dan kategori vokal terbaik dimenangi oleh Misha Omar.